No longer single

13 Sep

536746_10151789271522381_1690389233_n

 

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja”.
( Surah An – Nisaa’ – Ayat3)

 

Sabda Rasul S.A.W : ” Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku “

Alhamdulillah, atas kelebihan dan kurniaan Allah Azza Wajalla, saya telah selamat bernikah dan menjadi suami yang sah kepada gadis pilihan Shahida Binti Syarifuddin pada 10 syawal lalu. Bersamaan 17hb August, 2013.

Sudah lama rasanya saya tidak mengemaskini blog ini. Mungkin ini permulaan yang baik untuk menulis semula. Di kesempatan ini, saya ingin merakam setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah Jalla Waala atas rezeki saya untuk bernikah pada usia yang muda ini. Saya berdoa agar perjalanan hidup ini mendapat taufiq dan rahmat Allah kepada saya, isteri dan keluarga kami keseluruhannya.

Sangat tidak boleh dilupakan, sokongan dan dokongan dari Ibu saya, Pn. Aziah Bt. Daud. Jasa beliau mendidik saya dari kecil hingga dewasa sangat tidak terbalas, walaupun jika saya memiliki dunia dan seisinya dan jika saya hadiahkan kepadanya tidak dapat membalas walau sedikitpun jasa dan kasih sayang beliau.

Tidak saya lupakan, seluruh ahli keluarga saya, terutamanya adik-adik, bapa-bapa saudara, ibu-ibu saudara yang membantu dalam perjalanan majlis pernikahan dan resepsi saya dan isteri.Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan dari pihak saya dan isteri atas kehadiran pada majlis resepsi kami berdua.

Moga-moga dengan permulaan kehidupan baru ini, akan mendapat rahmat allah dan mendatangkan kebaikan, Amin.

Allahu A’lam.

Alif Azman,
13 September, 2013.Kelana Jaya, Selangor.

One Response to “No longer single”

  1. Mohd Faizal Jamaluddin September 13, 2013 at %I:%M %p #

    Amin…

Leave a Reply