|
There are no translations available.
Oleh : Alif Azman
Kini saya hanya menghitung hari dalam tugas saya sebagai perkerja di YTL Communication Sdn.Bhd. Banyak perkara yang dapat saya pelajari walaupun saya kurang mempelajari selok belok pentadbiran sistem disini. Ini kerana ,pada awalnya di dalam surat tawaran dinyatakan tugas saya sebagai pentadbir system (System Administrator),namun entah mana silapnya setelah bekerja saya baru mengetahui tugas harian yang saya lakukan bukanlah sesuai sebagai yang dinyatakan ,akan tetapi sebagai hanya sebagai IT Technical Support .
Tidak mengapalah.Mungkin itu sebagai pengalaman di masa akan datang untuk berhati-hati dan menjadi lebih matang dalam membuat keputusan hidup. Menjelang 3 September,tamatlah tugas saya di sini.
Saya menulis untuk menyatakan rasa terima kasih kepada sahabat-sahabat disana. Terutamanya mereka dari pihak pengurusan kemudahan di sana(Facilities Management). Bersahabat dengan anda semua sangat hebat. Moga persahabatan ini membawa makna pada pandangan Jalla Wa'ala.
Saya memohon maaf dari hati yang terdalam sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang saya bersama-sama anda semua.
Hala tuju selepas ini:
Saban hari sejak saya bekerja di sini , saya sering memikirkan tentang kedudukan saya selepas menamatkan tugas di sini. Akhirnya saya membuat keputusan untuk mencari pengalaman kerja.Doakan saya mendapat pekerjaaan yang lebih baik dan mampu menambahkan ilmu di dada Insyallah.
Terima kasih kepada syeikhul Islam Yusuf Al-Qardhawi melalui kitabnya Fiqh Awlawiyat yang memberi bayang-bayang kepada saya dalam menentukan keputusan yang bakal saya lakukan.
Nasihat kepada diri sendiri dan rakan-rakan.
Ada antara rakan saya yang bersama sepanjang pengalaman kerja bertanya tentang pendapat dalam hala tuju mereka.Ada yang mahu menukar bidang pengajian mereka ketika melanjutkan pelajaran nanti atas sebab demand pasaran terhadap sesuatu kepakaran dan persijilan.
|